Pengenalan Perbendaharaan Melawati
Perbendaharaan Melawati bukanlah sekadar sebuah perpustakaan biasa. Ia ditubuhkan sebagai sebuah institusi pemerkasaan tamadun yang menghimpunkan khazanah keilmuan Islam, bermula dari zaman klasik (turath) sehinggalah kepada wacana intelektual kontemporari.
Dengan reka bentuk dalaman yang mencedok inspirasi seni bina Islam Andalusia dan Melayu Nusantara, Perbendaharaan Melawati menyediakan persekitaran yang mendamaikan jiwa serta merangsang minda para pencinta ilmu. Pangkalan data Ensiklopedia Ilmu Islam yang wujud di lamina utama kami adalah kompilasi 26 cabang ilmu fardu ain dan fardu kifayah yang merangkumi agama, kejuruteraan, sejarah, dan sains.
Visi
Menjadi pusat rujukan dan penyelidikan tamadun Islam terulung di rantau Asia Tenggara menjelang tahun 2030, menghubungkan ilmu turath dengan inovasi teknologi masa kini.
Misi
Mendigitalkan khazanah turath, menyediakan prasana pendidikan bertaraf dunia, dan memupuk budaya 'Iqra' dalam masyarakat awam tanpa mengira sempadan geografi.
Nilai-nilai Teras Kami
Keilmuan
Menyebar luas ilmu Islam dengan penuh amanah
Kesungguhan
Melayani dengan penuh dedikasi dan integriti
Kekitaan
Memupuk ukhuwah dalam kalangan pencinta ilmu